Apakah MMC?
MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama pelan takaful anda :
-Had Tahunan yang tinggi
-Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor
-Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
-Perkhidmatan hospital rangkaian di hospital tertentu
-Jadual pembedahan tanpa sekatan
-Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan
-Rawatan sebelum masuk dan selepas keluar hospital
-Penjagaan jururawat di rumah
-Pembedahan Balik Hari
-Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
-Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang
-Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan
Sebagai tambahan ,anda akan diberi kad Takaful MediAssist,yang memberi perkhidmatan 24 jam ,di seluruh dunia dan bantuan perubatan kecemasan.
Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta eksklusif di seluruh Malaysia.
Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat yang lain.
Friday, March 21, 2008
Wednesday, March 19, 2008
Konsep Takaful
Takaful ialah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab,bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama.Setiap peserta menyumbang berasaskan Tabarru'(Derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa diperlukan.
Tuesday, March 18, 2008
Pengenalan Prudential Bsn Takaful
Pada awal 2006 Bank Negara Malaysia telah meluluskan lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful Berhad untuk menjalankan perniagaan Takaful di Malaysia. Syarikat ini adalah gabungan bersama Prudential holdings dan Bank Simpanan Nasional .Kedua-dua syarikat sangat kukuh dari segi kewangan dan perniagaan.Wawasan Syarikat adalah untuk menyediakan perlindungan kewangan yang mematuhi syariah dan bertaraf dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
